TELAH TERBIT


Gen-Q dengan tagline Generasi Quran Kreatif merupakan sebuah majalah khas untuk remaja yang inginkan perubahan positif dalam diri. Disampaikan secara terkini oleh barisan kolumnis yang pakar dalam urusan remaja, majalah ini akan membawa isu-isu yang sangat dekat di hati remaja seperti kaedah mengulangkaji yang betul, sirah Nabi SAW, para sahabat dan tokoh-tokoh Islam ketika mereka masih muda, kisah gelora hati remaja dan sebagainya. Majalah ini PASTINYAberbeza dari majalah-majalah remaja yang lain kerana menekankan semua unsur penting dalam kehidupan seorang yang bergelar remaja khususnya Tauhid, akhlak, ibadah, hiburan, cinta, keluarga, jasmani dan mental mereka.

Anda ingin menjadi hebat seperti Saidina Ali ra atau Saidina Umar Abdul Aziz?
Bacalah Gen-Q, anda pasti temui caranya!

Ciri-ciri Gen-Q:
1. Bicara daripada Quran dan Hadis yang diselaraskan dengan tuntutan zaman.
2. Bersaiz kecil senang dibawa.
3. Dikemukakan dalam bahasa santai.
4. Penuh persoalan dan jawapan.
5. Menunjukkan arah karier dengan uswah-uswah yang berjaya di kalangan D0ktor perubatan, Doktor gigi, juruterbang, akauntan yang berminda Islamik.
6. Penuh dengan hikmah, petua, doa dan bimbingan beserta pengajaran.
7. Berwarna-warni dengan kertas berkualiti.
8. Isu-isu semasa untuk remaja seperti cinta dan petua untuk cemerlang.